.

Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Kaki Pendek

Pasti anda semua nak nampak cantik dan bergaya bukan ? Disarankan kepada anda untuk lebih berhati-hati memilih pakaian jika anda  sangat mementingkan  kesempurnaan.

Pastikan pakaian yang anda pakai atau beli sesuai dengan bentuk badan dan paling penting selesa untuk di pakai sepanjang hari agar tidak berlaku pembaziran . Mahupun timbulnya rasa penyesalan.

Kali ini dikongsikan bersama anda ‘trick’ menyembunyikan segala ‘kelemahan’ mengikut bentuk badan anda. Harapnya dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian dengan lebih mudah mengikut kesesuaian bentuk badan.


~SI KAKI PENDEK~

Gadis yang memiliki kaki pendek sering digelar ‘genit’ dan comel! Golongan seperti ini mempunyai masalah tak dapat nak di elakan ketika membeli seluar. Namun jangan risau! Semua itu boleh di atur! Ada beberapa trick yang boleh membuatkan kaki anda kelihatan panjang.

Trick 

1)      Skinny jeans sangat sesuai untuk anda. Di tambah lagi dengan pilihan warna gelap yang mampu memberi efek samaran. Namun hati-hati memilih warna ya! Pastikan warnanya sesuai dengan tona kulit anda dan tentunya gaya anda. Untuk langkah selamat, belilah warna hitam.











2)      Jika anda bercadang untuk mengenakan gaya dress. Boleh sahaja, tiada salahnya Cuma lebih sesuai jika anda memilih mini dress untuk kelihatan lebih tinggi dan solid.
3)      Elakan daripada memakai pakaian yang berlayer atau bertingkat-tingkat. Ini akan menampakkan anda kelihatan pelik dan pendek. Malah, elakan daripada memakai seluar jeans yang labuh hingga boleh menengelamkan kaki anda. Baju yang terlalu labuh juga tidak sesuai untuk gadis si kaki pendek kerana ia akan memeberi ilusi yang lebih mengerikan pada kaki anda. Blazer pendek memang sesuai untuk golongan seperti anda.





4)      Untuk tampak lebih elegent apa kata anda pakai kasut wedges atau high heels!











5)      Pastikan anda memakai aksesori yang memberi tumpuan lebih pada bahagian atas badan.














Diharapkan tips ni dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian yang lebih sesuai dan nampak sempurna di badan anda. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Fesyen Glitter


Penampilan anda akan lebih menyerlah dan  tampak glamor seperti artis dengan pilihan pakaian yang diperbuat  dengan fabrik glitter. Kilauan metalik pada fabrik seperti kerlipan berlian sesuai dipakai di malam hari untuk majlis tidak formal, konsert atau dipakai kasual. Anda pasti kelihatan bergaya dan berkeyakinan tinggi.

Di sini ada beberapa cadangan fesyen pakaian dari fabrik glitter yang teksturnya jarang seperti chiffon, ringan dan beralun.



Glitter Shawl....


Design blouse yang tampak sopan namun glamor. Pattern pada blouse seakan fabrik glitter dari kedaikainonline.com kod KGL07.

Perlu pakai inner atau dipakai dengan dress kosong supaya tidak kelihatan seksi atau menjolok mata.







Cardigan ringkas dari fabrik glitter dapat menyerikan pakaian yang biasa tampak lebih menyerlah dan glamor.
















Pallazo atau skirt glitter dengan lining penuh juga dapat membantu menyerlahkan penampilan anda.

Fesyen Polka Dot


Pernahkah terfikir yang anda tidak boleh memakai corak polka dot? Fikir sekali lagi! Corak polka dot bukan hanya untuk kanak-kanak, badut ataupun untuk si Betty Boop. Sebenarnya corak sebegini amat chic, menarik dan juga mempesona andai digayakan kena pada caranya. Untuk menampilkan karakter gadis ‘wow’, ayuh semak asas untuk menggayakan polka dot.

Stail Retro

Ini adalah cara yang paling digemari! Kala digandingkan dengan item berpotongan klasik, polka dot akan menonjolkan dirimu bak gadis ‘malu-malu kucing’. Cuba bayangkan Jackie O dengan gaun singkat bersama cermin mata hitam bersaiz besar atau Grace Kelly menggayakan blaus putih dengan skirt polka dot penuh. Mengikut fakta, polka dot selalunya dipakai oleh komuniti punk atau rockabilly yang sering digayakan bersama rekaan klasik seperti cherries dan gingham.

Whimsical Chic

Jika gaya retro agak sarat untuk anda, mainkan polka dot dengan warna! Tidak semua polka dot nampak kena pada semua warna, jadi pastikan anda memilih palet asas. Gayakan polka dot warna klasik berpadu warna yang lebih cerah sebagai kontra atau sebaliknya. Andai item polka dot anda terdiri daripada warna-warna lantang seperti merah dan kuning, anda tidak perlu menggayakan kesemua item berwarna-warni. Jadi untuk item yang lain, pilihlah warna yang lebih neutral. Cara ini boleh mengelakkan anda daripada kelihatan seperti badut.


Gabungan Corak

Dalam kebanyakan kes, memakai polka dot dengan corak lain adalah sangat tidak sempurna! Bayangkan polka dot dengan corak rangka abstrak atau kotakkotak? Tidaklah keterlaluan sebenarnya. Bagaimanapun, dua pengecualian dalam peraturan ini ialah corak bunga bunga dan garis-garis. Gayaan ini adalah antara stail ke hadapan dalam dunia fesyen. polka dot dengan corak garis-garis akan menampakkan anda cukup cool. Manakala andai digandingkan dengan corak bungabunga, anda akan nampak begitu manis sekali. Tetapi, sekiranya anda hanya mahu bereksperimen tanpa ada keyakinan tinggi, sebaiknya sabar dahulu sebelum stail sebegitu tiba.