.

Fesyen Polka Dot


Pernahkah terfikir yang anda tidak boleh memakai corak polka dot? Fikir sekali lagi! Corak polka dot bukan hanya untuk kanak-kanak, badut ataupun untuk si Betty Boop. Sebenarnya corak sebegini amat chic, menarik dan juga mempesona andai digayakan kena pada caranya. Untuk menampilkan karakter gadis ‘wow’, ayuh semak asas untuk menggayakan polka dot.

Stail Retro

Ini adalah cara yang paling digemari! Kala digandingkan dengan item berpotongan klasik, polka dot akan menonjolkan dirimu bak gadis ‘malu-malu kucing’. Cuba bayangkan Jackie O dengan gaun singkat bersama cermin mata hitam bersaiz besar atau Grace Kelly menggayakan blaus putih dengan skirt polka dot penuh. Mengikut fakta, polka dot selalunya dipakai oleh komuniti punk atau rockabilly yang sering digayakan bersama rekaan klasik seperti cherries dan gingham.

Whimsical Chic

Jika gaya retro agak sarat untuk anda, mainkan polka dot dengan warna! Tidak semua polka dot nampak kena pada semua warna, jadi pastikan anda memilih palet asas. Gayakan polka dot warna klasik berpadu warna yang lebih cerah sebagai kontra atau sebaliknya. Andai item polka dot anda terdiri daripada warna-warna lantang seperti merah dan kuning, anda tidak perlu menggayakan kesemua item berwarna-warni. Jadi untuk item yang lain, pilihlah warna yang lebih neutral. Cara ini boleh mengelakkan anda daripada kelihatan seperti badut.


Gabungan Corak

Dalam kebanyakan kes, memakai polka dot dengan corak lain adalah sangat tidak sempurna! Bayangkan polka dot dengan corak rangka abstrak atau kotakkotak? Tidaklah keterlaluan sebenarnya. Bagaimanapun, dua pengecualian dalam peraturan ini ialah corak bunga bunga dan garis-garis. Gayaan ini adalah antara stail ke hadapan dalam dunia fesyen. polka dot dengan corak garis-garis akan menampakkan anda cukup cool. Manakala andai digandingkan dengan corak bungabunga, anda akan nampak begitu manis sekali. Tetapi, sekiranya anda hanya mahu bereksperimen tanpa ada keyakinan tinggi, sebaiknya sabar dahulu sebelum stail sebegitu tiba.

No comments:

Post a Comment