.

Showing posts with label Tips Untuk Plus Size. Show all posts
Showing posts with label Tips Untuk Plus Size. Show all posts

Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Montel


Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Montel

Pasti anda semua nak nampak cantik dan bergaya bukan ? Disarankan kepada anda untuk lebih berhati-hati memilih pakaian jika anda  sangat mementingkan  kesempurnaan.

Pastikan pakaian yang anda pakai atau beli sesuai dengan bentuk badan dan paling penting selesa untuk di pakai sepanjang hari agar tidak berlaku pembaziran . Mahupun timbulnya rasa penyesalan.

Kali ini dikongsikan bersama anda ‘trick’ menyembunyikan segala ‘kelemahan’ mengikut bentuk badan anda. Harapnya dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian dengan lebih mudah mengikut kesesuaian bentuk badan.

~ Si Montel ~

Wanita montel, berisi , chubby, gempal, bulat... Lain bunyi, tetapi hampir sama maksudnya. Memiliki bentuk badan seperti ini sangat merungsingkan! Ada sahaja yang tak kena. Ini tak sesuai itu tak sesuai memang rumit! Golongan ini sering dalam keadaan krisis ketika membuat pilihan pakaian. Jangan bergitu, berbadan montel tidak bermakna anda tidak boleh bergaya bukan ?

Trik Pemakaian:

1) Selalu pakai pakaian yang mempunyai ukuran yang tepat. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Utamakan keselesaan anda. Malah material kain cotton yang nipis juga sangat sesuai untu badan seperti anda.













2)      Jika anda bercadang untuk memakai gaun labuh pastikan anda memilih potongan ‘A-Line’ untuk tampak lebih ramping.

3)      Gaun yang mempunyai potongan di pinggang sangat sesuai untuk menyembunyikan kelemahan anda. ia dapat memberi efek lekuk tubuh yang sempurna. Jangan terkejut jika ada yang memuji “nampak ramping awak sekarang ya!”













4)      Jangan lupa biasakan diri memakai high heels yang sesuai dengan berat badan anda. Wedges adalah terbaik! Ia dapat menyokong dan menampung badan anda yang agak berat berbanding kasut yang miliki tumit terlalu nipis. Tambahkan aksesori tali pinggang! anda pasti kelihatan hebat!






5)      Elakan daripada memilih corak yang besar. Ia akan menampakan badan anda lebih lebar dan gempal. Langkah yang selamat, pilihlah pakaian yang bewarna gelap seperti hitam, maroon, dan coklat untuk nampak lebih kecil. Ada baiknya juga jika anda memilih pakaian yang mempunyai satu tone warna sahaja.















Diharapkan beberapa tips ini dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian yang lebih sesuai dan nampak sempurna di badan anda. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing - Bhg. 2


Boleh dikatakan hampir semua pakaian siap wanita yang dijual di pasaraya, butik-butik dan kedai-kedai pakaian direka untuk wanita bertubuh kecil dan sederhana. Ini seolah-olah wanita berbadan besar tidak wujud.... Wahai wanita-wanita berbadan besar, usahlah risau... mempunyai saiz badan yang besar tidak bemakna anda tidak boleh bergaya.

Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing kali ini khas untuk wanita berbadan besar (plus size). Di sini saya kongsikan 7 panduan mudah untuk wanita berbadan besar kelihatan langsing dan bergaya.

Panduan 1: Pilih Pakaian yang Muat Sempurna 

Pilihlah pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda. Jangan pilih pakaian yang ketat atau terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan mempamerkan bonjolan lemak yang kelihatan hodoh manakala pakaian yang terlalu longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar.


Panduan 2: Pilih Kolar Bentuk V





Pakaian dengan kolar bentuk V sangat sesuai untuk wanita berbadan besar. Jika anda suka, bentuk V yang lebih panjang akan menggalakkan pandangan mata dari atas ke bawah. Seperti tips yang diberikan dalam bhg. 1, teknik ini dapat mengurangkan kelebaran badan secara ilusi optik. 

Panduan 3: Pilih Pakaian Dalam yang Selesa dan Muat Sempurna

Pemilihan pakaian dalam yang bersesuaian dengan saiz badan anda dan selesa adalah penting. Pemakaian pakaian dalam yang muat sempurna iaitu tidak ketat atau tidak longgar mampu membuat anda berasa yakin dengan penampilan diri serta membantu pakaian luaran kelihatan sempurna.


Panduan 4: Potongan Pinggang Tinggi atau Pinggang Rendah



Pemilihan potongan pinggang tinggi atau pinggang rendah bergantung kepada jenis pakaian yang hendak dipakai. Bagi pemilihan pakaian jenis gaun atau dress, pilihlah potongan pinggang tinggi. Ini dapat menutup bentuk pinggang yang besar. Untuk nampak lebih bergaya, pakailah tali pinggang pada potongan berkenaan. Manakala bagi pemilihan seluar, pilihlah potongan pinggang rendah dengan pemakaian baju labuh. Ini dapat menyembunyikan garis pinggang dan secara tidak langsung tampak lebih kecil.

Panduan 5: Pilih Baju Labuh



Pakailah baju yang labuh menutup perut dan punggung. Pakaian labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan panjang dan secara tidak langsung tampak langsing.


Panduan 6: Kasut Tumit Tinggi

Pemakaian kasut tumit tinggi adalah pilihan yang bagus. Pilihlah kasut tumit tinggi yang selesa dipakai dan tidak merbahaya. Selain kelihatan lebih tinggi, kasut tinggi juga dapat membuat anda tampak lebih langsing dan lebih yakin. Cara jalan juga lebih berhati-hati,jadi tidaklah nampak seperti gergasi menghentak kaki.


Panduan 7: Elak Seluar Potongan Tirus (Tapered Pants)

Jika anda ingin nampak langsing, jangan pakai seluar potongan tirus. Seluar potongan ini menyerlahkan lagi bahagian peha yang besar dan secara tak langsung menampakkan potongan badan lebih bulat. Pilihlah seluar potongan lurus (straight cut) atau palazo untuk kelihatan sempurna dan rapi.

Di bawah ini contoh pemakaian yang sesuai untuk wanita berbadan besar berdasarkan tips yang telah diberikan :-) :




Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing - Bhg. 1


Tips Pemakaian Untuk Kelihatan Langsing  - Bhg. 1

Kebanyakan daripada kita berasa kurang yakin dengan berat badan dan penampilan diri sendiri. Boleh dikatakan hampir semua orang mahu kelihatan langsing dan menarik. Di sini saya ingin berkongsi beberapa trik fesyen yang mudah untuk kelihatan langsing dan berkeyakinan. 

Secara umumnya, untuk kelihatan langsing pilihlah pakaian atau 'design' pakaian yang akan membuat orang memandang anda dari atas kebawah, bukan dari tepi ke tepi. Secara teknikalnya, cara ini dapat mengurangkan kelebaran badan secara ilusi optik. Lihat gambar untuk contoh.


Fesyen 1 - Orang akan pandang anda dari atas ke bawah mengikut arah garis pada pakaian. 
Fesyen 2 - Orang akan pandang anda dari tepi ke tepi mengikut arah garis pada pakaian. 

Cara yang lebih terperinci saya akan kongsi pada pos yang akan datang... :-)