.

Tips Fesyen Eksekutif ke Pejabat


Gaya eksekutif pastinya menggambarkan ciri kewibawaan dan keyakinan setiap mata yang memandang. Seseorang profesional juga mahu tampil elegan walau kian diasak kesibukan tugas. Kepelbagaian rekaan kemas adalah jawapan terbaik buat mereka yang mahukan stail ringkas dan menarik. Jom kenal pasti stail ala profesional untuk eksekutif ke tempat kerja.

1. Profesional Kasual
Terlalu banyak rekaan kemeja hari ini tetapi adakah anda tahu menilainya daripada fabrik apakah yang benar-benar sesuai dengan tubuh anda? Kemeja ialah elemen terbaik untuk mempamerkan kod profesional anda sebagai seorang eksekutif. Lebih santai apabila anda menggayakannya dengan tali leher polos (plain) dan seluar slack agar tampak konservatif apabila dipadankan.


2. Etika Kemeja -T Polo
Sesuai bagi suasana kerja yang sedikit santai. Kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja-T Polo amat menarik untuk digunakan kerana berperanan dalam menyesuaikan persekitaran dan pengudaraan pada setiap helaian rekaan. Lebih mantap apabila digandingkan dengan seluar kasual daripada fabrik khaki untuk menaikkan lagi seri anda sebagai pemimpin sebuah organisasi.

3. Katakan Tidak Pada Seluar Pendek dan Jeans
Walaupun berpaksi pada elemen kasual, elakkan daripada menyarungkan seluar pendek mahupun jeans bagi mengelakkan anda kelihatan terlalu santai. Untuk kasut pula, anda perlu sentiasa menggayakan kasut sarung (loafer) terutama daripada olahan kulit dan sentiasa memakai stoking untuk mengekalkan gaya profesional itu.

4. Smart Kasual
Agak santai tetapi tetap profesional. Kemeja berkolar yang disatukan dengan kardigan sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini. Tampak sedikit berbeza apabila anda menggayakan kardigan bersama kerana ia lebih stylo jika dibandingkan dengan blazer yang lebih klasik.

5.  Blazer
Apa lagi selain untuk nampak elegan. Blazer adalah penyumbang gaya utama. Ya! Stail blazer tidak perlu dilupakan kerana ia merumuskan segala segi gaya anda untuk ke mesyuarat mahupun agenda formal yang lain. Kini variasikan gaya blazer dengan rona rusty yang lebih menawan seperti kelabu mahupun biru kelasi. Cukup mengagumkan apabila dipakai.

6.  Khaki
Laluan kakimu pasti megah dengan pemakaian khaki. Rekaan kian menawan ini menyerlahkan gaya santai seseorang eksekutif. Tidak salah menggayakan khaki ke pejabat. Hanya pastikan ia daripada tona warna yang sesuai dan tidak terlalu menyerlah. Hitam, biru tua dan coklat merupakan warna selamat untuk digayakan.

No comments:

Post a Comment