.

Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar


Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita terutamanya di Malaysia adalah mempunyai saiz pinggul yang lebar dan besar. Ada sesetengah wanita menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan diri hanya di sebabkan oleh masalah bentuk tubuh ini.

Sebenarnya masalah penampilan diri ini boleh di atasi jika anda mengikuti panduan berfesyen seperti yang dikongsikan di sini. Jom sama-sama kita sebarkan panduan ini kepada kenalan-kenalan lain agar mereka juga dapat membina keyakinan diri dan selesa bergaya seperti apa yang mereka inginkan.

Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar 1:
PADANAN WARNA TERANG DAN GELAP

Padankan baju bewarna cerah dan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan benttuk anda dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar.














Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar 2:
JAKET DI BAWAH PINGGUL

Untuk menyembunyikan pinggul anda yang bersaiz besar,pakailah jaket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul. Jadi, tidaklah mata orang ramai tertumpu di bahagian itu sahaja kan?













Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar 3:
PEMAKAIAN AKSESORI

Alihkan perhatian ramai dengan gabungan aksesori yang sarat di dada atau tangan. Biarkan teknik ini mengelirukan orang ramai sehingga menyebabkan mereka tidak sedar akan kelemahan yang ada di kawasan badan anda.













Panduan Fesyen Buat Si Pinggul Besar 4:
PAKAI MOTIF BERCORAK

Sembunyikan saiz pinggul kamu dengan seluar atau skirt yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya orang menyangka pinggul kamu kelihatan besar di sebabkan corak bukannya saiz sebenar.












No comments:

Post a Comment