.

Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Kaki Pendek

Pasti anda semua nak nampak cantik dan bergaya bukan ? Disarankan kepada anda untuk lebih berhati-hati memilih pakaian jika anda  sangat mementingkan  kesempurnaan.

Pastikan pakaian yang anda pakai atau beli sesuai dengan bentuk badan dan paling penting selesa untuk di pakai sepanjang hari agar tidak berlaku pembaziran . Mahupun timbulnya rasa penyesalan.

Kali ini dikongsikan bersama anda ‘trick’ menyembunyikan segala ‘kelemahan’ mengikut bentuk badan anda. Harapnya dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian dengan lebih mudah mengikut kesesuaian bentuk badan.


~SI KAKI PENDEK~

Gadis yang memiliki kaki pendek sering digelar ‘genit’ dan comel! Golongan seperti ini mempunyai masalah tak dapat nak di elakan ketika membeli seluar. Namun jangan risau! Semua itu boleh di atur! Ada beberapa trick yang boleh membuatkan kaki anda kelihatan panjang.

Trick 

1)      Skinny jeans sangat sesuai untuk anda. Di tambah lagi dengan pilihan warna gelap yang mampu memberi efek samaran. Namun hati-hati memilih warna ya! Pastikan warnanya sesuai dengan tona kulit anda dan tentunya gaya anda. Untuk langkah selamat, belilah warna hitam.











2)      Jika anda bercadang untuk mengenakan gaya dress. Boleh sahaja, tiada salahnya Cuma lebih sesuai jika anda memilih mini dress untuk kelihatan lebih tinggi dan solid.
3)      Elakan daripada memakai pakaian yang berlayer atau bertingkat-tingkat. Ini akan menampakkan anda kelihatan pelik dan pendek. Malah, elakan daripada memakai seluar jeans yang labuh hingga boleh menengelamkan kaki anda. Baju yang terlalu labuh juga tidak sesuai untuk gadis si kaki pendek kerana ia akan memeberi ilusi yang lebih mengerikan pada kaki anda. Blazer pendek memang sesuai untuk golongan seperti anda.





4)      Untuk tampak lebih elegent apa kata anda pakai kasut wedges atau high heels!











5)      Pastikan anda memakai aksesori yang memberi tumpuan lebih pada bahagian atas badan.














Diharapkan tips ni dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian yang lebih sesuai dan nampak sempurna di badan anda. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment