.

Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Dada Leper

Pasti anda semua nak nampak cantik dan bergaya bukan ? Disarankan kepada anda untuk lebih berhati-hati memilih pakaian jika anda  sangat mementingkan  kesempurnaan.

Pastikan pakaian yang anda pakai atau beli sesuai dengan bentuk badan dan paling penting selesa untuk di pakai sepanjang hari agar tidak berlaku pembaziran . Mahupun timbulnya rasa penyesalan.

Kali ini dikongsikan bersama anda ‘trick’ menyembunyikan segala ‘kelemahan’ mengikut bentuk badan anda. Harapnya dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian dengan lebih mudah mengikut kesesuaian bentuk badan.

~ Si Dada Leper ~
Berdada leper memang tak ‘cool’ bagi sesetengah perempuan kan ? 
Rasa ada sahaja yang tak lengkap dan tak kena dengan gaya-gaya yang di pakai. 
Golongan seperti ini juga sering di gelar ‘papan’. Hmm, jangan bersedih ya, masih ada trick yang boleh menampakan anda lebih feminin.

Trick :
1)      Golongan seperti tidak mempunyai masalah yang besar dalam memilih pakaian Cuma sebenarnya anda harus lebih bijak ‘mix & match’ pakaian asalkan tidak terlalu ‘over’ dan seksi. Jadi, sebelum anda memakai untuk kemana-mana pastikan anda cuba acukan di badan dahulu adakah ia sesuai atau tidak.









2)      Pilih kain atau baju yang mempunyai corak terutamanya di bahagian dada. Ia akan memberi illusi ‘berisi’ di bahagian yang leper.









3)      Sekiranya anda memakai dress atau pakaian yang memaparkan bahu, pastikan  ada corak atau lipatan atau ropol di bahagian dada.













4)      Gabungan motif fabric dua warna yang berbeza tambah pula dengan tali pinggang mampu membuatkan anda lebih kelihatan ‘padat’. Gaya lipatan di bawah dada selalu berjaya menutup flat chest anda!













5)      Warna gelap seperti hitam sangat membantu menutupi kelemahan anda.
















Diharapkan tips ni dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian yang lebih sesuai dan nampak sempurna di badan anda. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment