Skirt Labuh Plain Chiffon

Assalamualaikum :-)

Entri pertama ini saya berminat untuk berkongsi idea fesyen skirt labuh menggunakan fabrik chiffon kosong (plain chiffon). Sebelum itu, jom saya perkenalkan serba sedikit mengenai fabrik Plain Chiffon .

Untuk makluman semua, fabrik Plain Chiffon  adalah sangat jarang, perlukan lapik (lining) atau pakai inner untuk tidak kelihatan menjolok mata.

Ada beberapa jenis fabrik plain chiffon. Secara umumnya, ada yang lembut dan ada yang agak keras. Chiffon yang lembut biasanya lebih sejuk dan beralun daripada chiffon yang agak keras. Jadi sudah pasti fabrik chiffon yang lembut menjadi pilihan orang ramai.

Fabrik Plain Chiffon sesuai dibuat skirt, maxi dress,  baju kurung dan blouse. Di bwah ini adalah beberapa fesyen skirt labuh yang diperbuat daripada kain Fabrik Plain Chiffon.





Skirt labuh di sebelah kiri ini adalah contoh skirt plain chiffon yang paling simple. Menggunakan cerutan getah di pinggang dan pada bahagian dalam dibuat lining dari fabrik yang tidak jarang dan warna sepadan.














Skirt labuh di sebelah kanan ini simple seperti design skirt di atas cuma terdapat pleat (lipatan) pada bahagian pinggang.














Design skirt labuh di sebelah ini juga simple, terdapat pleat di sebelah kiri dan kanan pinggang. Menggunakan 3 warna plain chiffon yang berbeza. Pada bahagian dalam dibuat lining dari fabrik yang tidak jarang dan warna sepadan.















Design skirt labuh di sebelah kanan ini adalah contoh design berlapis. Untuk mendapatkan skirt berlapis yang tampak kembang, lining dari fabrik yang sepadan dicantum pada setiap lapisan. Boleh juga gabungkan fabrik chiffon berlainan  warna untuk nampak lebih ceria.






Design skirt labuh berlapis di sebelah kiri ini tidak perlu lining. Fabrik pada lapisan paling dalam adalah yang paling labuh. Bagi yang tidak suka warna warni, boleh juga gunakan 1 warna sahaja.












Skirt labuh di sebelah kanan ini pula adalah contoh skirt menggunakan 3 lapisan kain. Fesyen seperti ini tidak perlu lining. Boleh juga buat lining jika suka.














Skirt labuh di sebelahkiri ini pula adalah contoh skirt menggunakan banyak lapisan kain. Fesyen seperti ini tidak perlu lining.
Jika anda berminat untuk mendapatkan pelbagai pilihan warna kain plain chiffon, sila layari http://www.kedaikainonline.com/search/label/Chiffon%20Silk%20-%20Plain.

2 comments: