.

Tips Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Badan - Si Kurus Lidi


Pasti anda semua nak nampak cantik dan bergaya bukan ? Disarankan kepada anda untuk lebih berhati-hati memilih pakaian jika anda  sangat mementingkan  kesempurnaan.

Pastikan pakaian yang anda pakai atau beli sesuai dengan bentuk badan dan paling penting selesa untuk di pakai sepanjang hari agar tidak berlaku pembaziran . Mahupun timbulnya rasa penyesalan.

Kali ini dikongsikan bersama anda ‘trick’ menyembunyikan segala ‘kelemahan’ mengikut bentuk badan anda. Harapnya dapat membantu anda semua untuk memilih pakaian dengan lebih mudah mengikut kesesuaian bentuk badan.

~Si Kurus Lidi~

Wanita dengan susuk tubuh seperti lidi (kurus dan tinggi ala-ala model runway gitu) memberi ‘tarikan’ pada orang ramai untuk memerhatikan segala gerak geri golongan ini. Pasti dalam hati si pemerhati itu tertanya-tanya.. “eh dia ni model ke ?” ... Tetapi ada kalanya golongan ini juga mempunyai masalah dalam memilih pakaian. Mungkin ada di antara mereka malu kelihatan terlalu tinggi dan kurus.

Trik pemakaian :


1) Potongan kaki yang kelihatan panjang sangat memain peranan. Jangan malu, semua wanita impikan memiliki kaki yang panjang seperti anda. Anda sesuai menggayakan seluar yang bercorak dan bewarna. Elakan daripada memakai warna-warna gelap jika anda malu asset anda menjadi perhatian. Warna terang mampu menyelamatkan kerisauan anda.

Gambar contoh di sebelah kiri  ini adalah seluar bercorak Drawstring Pant (kanan) dan BB Dakota (kiri).





2) Jaket atau cardigan labuh sangat sesuai untuk golongan seperti anda. Malah pakaian yang mempunyai hoods di belakang juga mampu memberi impak yang terbaik untuk si tinggi lampai seperti anda. Asalkan anda tidak memakai aksesori yang berlebihan hingga menampakan seperti anda pokok krismas yang bergerak!

Gambar contoh di sebelah kanan ini adalah O'Neill Juniors Serenade (kiri) dan Dickies Flannel Shirt Jacket (kanan)






3) Pilih corak yang melintang. Baju labuh juga dapat memberi illusi ‘berisi’ sikit berbanding biasa. Malah ia akan menyembunyikan sedikit ketinggian anda setidak-tidaknya tiadalah sesiapa yang berani memanggil anda ‘galah’!

Gambar contoh di sebelah kiri ini adalah koleksi Bethanny Top




4) Boots atau kasut flat sangat sesuai dengan anda tak perlu di sangkal lagi.

Koleksi kasut Reflect boleh didapati di http://kasutreflect.blogspot.com/














5) Sekirannya anda ingin memakai legging atau skinny jangan lupa gayakan dengan baju yang lebih besar dan labuh sedikit.

Gambar :
Baju : Sequin Hearts by My Michelle Juniors Chiffon Dress
Legging : Lifetime Collective Split Up Tights (bahagian belakang legging bercorak)

No comments:

Post a Comment